Rabu, Ogos 13, 2008
Cuti Sekolah Yang Lalu
Pada cuti penggal sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Pantai Muara. Ayah saya telah memandu kereta. Ibu duduk di hadapan dan saya dengan tiga adik-beradik saya duduk di belakang. Kira-kira tiga puluh minit kemudian, kami sampai ke Pantai Muara. Kami lihat pemandangan pantai itu sangat cantik. Cuaca pada petang itu panas. Ayah dan ibu membawa kami ke gerai yang berhampiran untuk membeli minuman dan makanan. Selepas itu kami mencari tempat untuk duduk. Saya, kakak dan adik saya bermain di kawasan permainan. Ayah dan ibu menonton kami bermain. Mereka nampak gembira dan kami amat seronok bermain dan berkejar-kejaran. Kami adik-beradik letih dan berpeluh. Ayah menyuruh kami berehat dan makan dan minum yang telah kami beli di gerai tadi. Tidak lama selepas itu, ayah menyuruh kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Itulah pengalaman saya pada cuti penggal sekolah yang lalu. Saya rasa seronok dan ingin ke sana lagi pada masa akan datang. |