Selamat Datang ke halaman Karang Karya. Semoga segala ilmu pengetahuan yang ada di sini dapat dimanfaatkan sebaiknya




ShoutMix chat widget







Banjir

Berbuat Jasa

Guru Yang Saya Kagumi

Sahabat Karib Saya

Kebakaran

Hobi Saya

Saya Sebuah Basikal

Cuti Sekolah Yang Lalu

Mimpi Yang Menakutkan





Ogos 2008




yahoo
Sarah Shop
ranoadidas
brudirect
brunei news
Google



* Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku

* Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan

* Orang yang jarang berfikir paling minimum mempunyai 10,000,000,000 sel otak (neuron) & Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk.

* "mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar,Didik janganlah diherdik"

Selasa, Ogos 26, 2008
Banjir
Banjir adalah merupakan satu bencana alam yang terhasil daripada curahan air hujan yang turun tanpa berhenti. Akibatnya banyak kawasan - kawasan tanah rendah ditenggelami oleh air seperti kawasan-kawasan kampung pendalaman begitu juga kawasan bandar / kota tidak terkecuali menghadapi masalah banjir
Hujan yang turun tidak berhenti sejak dua hari yang lalu telah membuatkan penduduk kampung merasa risau. Air mula naik mencecah lantai ruang tamu.

Pak Kasim menyuruh keluarganya supaya bersiap sedia kerana banjir sudah melanda. Isteri dan anak-anaknya mengumpulkan barang-barang yang penting seperti dokumen dan pakaian agar tidak rosak terkena air banjir. Selepas itu Pak Kasim dan keluarganya serta penduduk kampung mula disuruh untuk pergi ke kawasan sekolah yang ada di kampung itu. Sekolah itu berada di atas bukit dan adalah tempat selamat dan tidak akan dilanda banjir.

Kira-kira tiga jam kemudian, hujan mula perlahan-lahan menjadi reda. Orang kampung pun merasa senang hati. Hujan berhenti tidak lama selepas itudan air pula semakin surut. Akhirnya penduduk kampung disuruh uktuk pergi ke rumah masing-masing kerana keadaan sudah selamat.

Pak Kasim dan keluarga mula membersihkan rumah mereka yang telah dikotorkan oleh air bajir. Ketika penduduk kampung sibuk membersihkan rumah halaman masing-masing, ketua kampung datang untuk menyampaikan berita kepada penduduk kampung. Beliau memberitahu bahawa longkang kampung itu kotor dan telah tersumbat. Itu telah menyebabkan banjir di kampung itu. Kemudian semua penduduk kampung itu bergotong-royong membersihkan longkang-longkang supaya kampung mereka tidak lagi dilanda banjir.



TAHUKAH?

Cuaca Negara Brunei Darussalam dipengaruhi oleh angin monsun. Ianya terdiri daripada Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Monsun Timur Laut berlaku dari bulan Disember sehingga bulan Mac. Manakala Monsun Barat Daya berlaku dari bulan Mei sehingga bulan September. Bulan-bulan yang lain dipanggil sebagai Peralihan Monsun.



Berbuat Jasa
Pada suatu petang, Ahmad sedang berjalan-jalan di bandar untuk pergi ke rumah kawannya, Khairul, yang tinggal di Kampong Ayer. Dia masuk sekejap di sebuah kedai untuk membeli minuman. Ketika dia baru melangkah keluar dari kedai itu, dia ternampak seorang pakcik hendak menyeberang jalan.

Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta yang dipandu laju dan menuju ke arah pakcik yang sedang menyeberang jalan raya itu. Ahmad berteriak sekuat hati untuk memberi amaran kepada orang tua itu. Namun pakcik itu tidak kedengaran teriakan Ahmad.

Dengan tidak membuang masa, Ahmad terus berlari ke arah pakcik itu. Dia menahan pakcik itu daripada terus melangkah ke hadapan menyeberang jalan raya. Pemandu kereta itu kemudian memberhentikan keretanya dan keluar untuk bertanyakan keselamatan pakcik itu.

‘Saya minta maaf. Saya tidak nampak pakcik menyeberang jalan tadi’, kata pemandu itu kepada pakcik.

Selepas itu, Ahmad terus membawa pakcik itu menyeberang jalan. Pakcik itu mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana menolongnya. Ahmad rasa lega dan gembira kerana pakcik itu terselamat dari kemalangan.

Selasa, Ogos 19, 2008
Guru Yang Saya Kagumi

Salah seorang guru yang saya kagumi ialah Cikgu Alias. Dia merupakan guru mengajar pelajaran matematik. Dia berumur empat puluh lapan tahun dan telah mengajar saya sejak saya dalam darjah tiga. Beliau telah menjadi seorang guru selama dua puluh lima tahun.

Beliau seorang guru yang baik, bertanggungjawab, rendah diri dan suka menolong. Beliau akan mengajar anak-anak murid beliau sehingga mereka memahami pelajaran yang diajarkan. Sekiranya ada di antara murid-murid memerlukan kelas tambahan, beliau dengan senang hati akan mengadakannya secara percuma dan tidak meminta bayaran.

Selain itu, kadang-kala beliau juga membawa anak-anak murid beliau beriadah pada hujung minggu sekiranya ada masa lapang. Ini akan merapatkan lagi hubungan antara seorang guu dengan anak murid.

Selama tiga tahun berturut-turut sehingga tahun ini, Cikgu Alias telah dipilih sebagai Guru Contoh di sekolah saya. Namun beliau tetap merendah diri dan tidak sombong dengan gelaran itu. Malah beliau semakin kuat semangat untuk menjadikan anak-anak murid beliau sebagai murid yang pintar.

Saya amat beruntung mendapat seorang cikgu yang bertanggungjawab seperti Cikgu Alias. Beliau akan saya kenang sampai bila-bila.


TAHUKAH?

Mulai tahun 1991, Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Guru pada setiap 23hb September. Tarikh 23hb September merupakan tarikh Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien diputerakan, dipilih sebagai Hari Guru Negara Brunei Darussalam, bagi mengenang jasa dan sumbangan Al-Mahrum dalam bidang pendidikan termasuklah dalam pendidikan agama di Negara Brunei Darussalam.



Sabtu, Ogos 16, 2008
Sahabat Karib Saya

Fazilah adalah sahabat karib saya. Saya mengenali dia sejak kami belajar di dalam darjah 1. Sekarang dia berumur 11 tahun dan tinggal di Kampong Kilanas. Dia merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan.

Fazilah mempunya hobi iaitu bermain badminton. Pada setiap waktu petang, dia bermain badminton bersama-sama bapa dan adik-beradiknya di kawasan lapang dekat rumahnya. Dia juga selalu menjemput saya untuk bermain bersama. Sekiranya ada masa lapang, saya dan Fazilah juga sering menonton rancangan televisyen bersama-sama.

Saya menyukai Fazilah kerana dia seorang yang baik dan rajin. Dia selalu membantu saya sekiranya saya tidak memahami pelajaran yang telah cikgu ajar di sekolah. Sekiranya dia tidak memahami pelajaran yang telah diajarkan, saya akan membantu dia. Saya dan Fazilah adalah bagai aur dengan tebing.

Dia juga suka menolong ayah dan ibunya di rumah. Dia selalu membantu orang tuanya membersihkan rumah seperti membuang sampah dan menyapu lantai.

Itulah cerita ringkas mengenai sahabat karib saya. Saya berharap persahabatan saya dengan Fazilah akan kekal selama-lamanya.

Jumaat, Ogos 15, 2008
Kebakaran

Pada hari Ahad yang lepas, saya dan kakak saya berada di rumah. Ayah dan ibu saya telah keluar pergi menghadiri acara perkahwinan. Untuk menghilangkan rasa bosan, saya telah bercadang untuk bermain congkak dengan kakak saya.

Sedang kami asyik bermain congkak, saya terdengar bunyi riuh-rendah yang datang tidak jauh dari rumah saya.

‘Tolong!’, teriak seorang lelaki dari luar rumah.

Saya dan kakak saya segera menjenguk keluar jendela. Saya terkejut apabila melihat asap yang berwarna kelabu berkepul-kepul keluar dari rumah jiran.

Kakak memberitahu saya, ‘Rumah jiran kita terbakar!’

Ramai orang cuba membuat bantuan. Saya dapat saksikan ada yang cuba menolong mengeluarkan barang-barang dari rumah jiran supaya tidak dijilat api. Ada juga yang telah cuba memandamkan api.

Tidak lama kemudian, siren kenderaan bomba kedengaran menandakan pihak bomba hampir tiba. Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api tersebut yang sudah membakar separuh daripada rumah jiran saya. Lima belas minit kemudian, akhirnya api dapat dipadamkan.

Saya dapat lihat jiran saya sangat sedih dengan kejadian itu, tetapi mereka bersyukur kerana mereka semuanya selamat walaupun banyak barang-barang mereka telah terbakar.


TAHUKAH?

Api memerlukan gas oksigen untuk terus menyala.


Khamis, Ogos 14, 2008
Hobi Saya
Setiap orang mempunyai hobi masing-masing. Ada yang suka bersukan, menanam bunga, mengumpul barang-barang dan lain-lain. Biasanya hobi dilakukan pada waktu lapang.


Hobi saya adalah mengumpul setem. Saya telah mula mengemari mengumpul setem sejak tiga tahun yang lalu. Ia bermula apabila seorang sahabat pena saya yang berada di Singapura telah menghantar sepucuk surat kepada saya. Saya amat menyukai setem yang telah ditampalkan pada sampul surat itu. Sejak itu, saya mula mengumpul setem yang saya perolehi daripada surat-surat sahabat saya yang ada di dalam dan luar negeri. Selain itu, ayah dan ibu serta abang saya juga ada memberi beberapa helai setem. Saya menyimpan setem-setem itu di dalam album setem.


Bermacam-macam bentuk setem tetapi biasanya berbentu segi empat tepat. Gambar yang ada pada setem itu jua ada banyak corak d
an warna. Ada yang menunjukkan tempat atau bangunan di sebuah tempat, ada juga yang mempunyai gambar binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.


Mengumpul setem adalah menyeronokkan dan berfaedah kerana saya boleh belajar dan mengetahui gambar-gambar yang ada pada sehelai setem itu. Sebagai contoh, saya boleh mengetahui nama sekuntum bunga atau seekor binatang.


Saya akan meneruskan hobi saya mengumpul setem ini hingga saya dewasa nanti.


TAHUKAH?

Pada amnya, penggunaan setem untuk persuratan mula diperkenalkan di United Kingdom dan Ireland pada tahun 1840.

Di Negara Brunei Darussalam, setem dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Pos di Kementer
ian Perhubungan. Setem mempunyai pelbagai harga. Jenis-jenis setem juga ada bermacam-macam, antaranya setem definatif, setem tematik dan setem kenang-kenangan.


Rabu, Ogos 13, 2008
Saya Sebuah Basikal

Saya berasal dari Negara Jepun. Saya dibuat di sebuah kilang besi. Badan saya terdiri daripada besi, kaca dan getah.

Pada suatu hari, saya dan kawan-kawan saya diletakkan di sebuah bilik pameran. Saya merasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji saya.

‘Ayah! Yang itu sangat cantik’, kata seorang budak kepada ayahnya sambil menunjuk ke arah saya.

Beberapa hari selepas itu saya dan kawan-kawan saya dibawa masuk ke dalam sebuah kapal yang besar. Kami merasa sangat gembira bila mengetahui bahawa kami akan dihantar ke Negara Brunei Darussalam. Kami berada di dalam kapal itu kira-kira selama dua minggu.

Apabila kami sampai di Brunei, kami dibawa ke sebuah kedai. Pada masa itu ramai budak-budak melihat kami. Mereka seronok melihat kami.

Tidak lama kemudian, saya dimasukkan ke dalam sebuah lori dan dibawa ke sebuah rumah. Seorang budak lelaki telah duduk di atas saya. Saya lihat dia amat gembira sambil mengayuh saya. Setelah dia penat, dia terus menyimpan saya di tempat yang selamat. Saya lihat dia menyarungkan sesuatu pada leher saya.

Ada sekeping kertas dengan tulisan, ‘Ini basikal Ahmad’


TAHUKAH?

Basikal pada awalnya telah dicipta pada tahun 1817 oleh seorang rakyat Jerman yang bernama Baron Karl von Drais. Ia diperbuat daripada kayu yang mempunyai tempat duduk dan pemegang (handle) tetapi ia tidak mempunyai pengayuh (pedal). Ianya digerakkan dengan cara mengayuh kaki ke lantai.



Cuti Sekolah Yang Lalu

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Pantai Muara. Ayah saya telah memandu kereta. Ibu duduk di hadapan dan saya dengan tiga adik-beradik saya duduk di belakang.

Kira-kira tiga puluh minit kemudian, kami sampai ke Pantai Muara. Kami lihat pemandangan pantai itu sangat cantik. Cuaca pada petang itu panas. Ayah dan ibu membawa kami ke gerai yang berhampiran untuk membeli minuman dan makanan. Selepas itu kami mencari tempat untuk duduk.

Saya, kakak dan adik saya bermain di kawasan permainan. Ayah dan ibu menonton kami bermain. Mereka nampak gembira dan kami amat seronok bermain dan berkejar-kejaran.

Kami adik-beradik letih dan berpeluh. Ayah menyuruh kami berehat dan makan dan minum yang telah kami beli di gerai tadi.

Tidak lama selepas itu, ayah menyuruh kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Itulah pengalaman saya pada cuti penggal sekolah yang lalu. Saya rasa seronok dan ingin ke sana lagi pada masa akan datang.

Selasa, Ogos 12, 2008
Mimpi Yang Menakutkan

Pada suatu petang, saya dan dua orang sahabat pergi ke sebatang sungai untuk memancing ikan. Memancing adalah kegemaran kami bertiga sekiranya kami mempunyi masa lapang. Sudah hampir dua jam kami berada di tebing sungai tersebut dan azan Maghrib akan kedengaran dalam beberapa minit saja lagi. Hari akan menjadi malam, kami terus bergegas untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, kami tidak menyedari bahawa kami telah sesat. Hari semakin gelap dan tiada satu pun lampu menyala pada waktu itu. Tanpa kami sedari kami berada di dalam hutan. Saya merasa takut kerana itu lah pertama kali saya berjalan dalam gelap.

Saya dapat merasakan ada sesuatu mengikuti kami dari belakang. Dalam ketakutan, saya beranikan diri juga untuk memandangnya. Ada lembaga yang amat menakutkan.

‘Tolong!’, saya berteriak sekuat hati ketika lembaga itu cuba untuk mencekik leher saya.

Kami berlari pantas seperti kilat untuk menyelamatkan diri. Tiba-tiba kami terjatuh ke dalam satu lubang yang sangat besar.

Saya terbangun dari tidur dan berada di atas lantai. Baru saya tahu bahawa saya telah bermimpi dan terjatuh dari katil.

Saya telah terlupa untuk mencuci kaki dan membaca ayat suci Al-Quran sebelum tidur yang ibu saya pernah nasihatkan sebelum ini.