Setiap orang mempunyai hobi masing-masing. Ada yang suka bersukan, menanam bunga, mengumpul barang-barang dan lain-lain. Biasanya hobi dilakukan pada waktu lapang.
Hobi saya adalah mengumpul setem. Saya telah mula mengemari mengumpul setem sejak tiga tahun yang lalu. Ia bermula apabila seorang sahabat pena saya yang berada di Singapura telah menghantar sepucuk surat kepada saya. Saya amat menyukai setem yang telah ditampalkan pada sampul surat itu. Sejak itu, saya mula mengumpul setem yang saya perolehi daripada surat-surat sahabat saya yang ada di dalam dan luar negeri. Selain itu, ayah dan ibu serta abang saya juga ada memberi beberapa helai setem. Saya menyimpan setem-setem itu di dalam album setem.
Bermacam-macam bentuk setem tetapi biasanya berbentu segi empat tepat. Gambar yang ada pada setem itu jua ada banyak corak dan warna. Ada yang menunjukkan tempat atau bangunan di sebuah tempat, ada juga yang mempunyai gambar binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Mengumpul setem adalah menyeronokkan dan berfaedah kerana saya boleh belajar dan mengetahui gambar-gambar yang ada pada sehelai setem itu. Sebagai contoh, saya boleh mengetahui nama sekuntum bunga atau seekor binatang.
Saya akan meneruskan hobi saya mengumpul setem ini hingga saya dewasa nanti.
TAHUKAH?
Pada amnya, penggunaan setem untuk persuratan mula diperkenalkan di United Kingdom dan Ireland pada tahun 1840.
Di Negara Brunei Darussalam, setem dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Pos di Kementerian Perhubungan. Setem mempunyai pelbagai harga. Jenis-jenis setem juga ada bermacam-macam, antaranya setem definatif, setem tematik dan setem kenang-kenangan.
awesome :)
Very Good
Contoh karangan tentang hobi saya
Contoh karangan tentang hobi saya
Contoh karangan tentang hobi saya
Contoh karangan tentang hobi saya